Monday 11 July 2016

PRINSIP OPERASI DALAM PENGURUSAN ISLAM

DUA2022 :PENGURUSAN DALAM ISLAM
PUAN ELYN MOHD RIDZWAN

NURAIN BINTI HASSAN
30DIB15F2036

RAFFIDAH BINTI A.AZIZ
30DIB15F2010

NOR ATIYAH BINTI HOSRIN
30DIB15F2014

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengurusan Dalam Islam ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu,Pn Elyn Binti Mohd Ridzwan  kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

PENGENALAN

Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusanyang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasiyang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWTdan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

Prinsip Pengurusan Islam

  • Prinsip ialah asas  atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan.
  • Prinsip pengurusan islam bertindak selaku landasan dalam perlaksanaan  suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang  dan ditetapkan oleh sesebuah organisasi.
  • Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada 'kerajaan islam' atau pemerintahan islam. Oleh itu, prinsip sebuah negara islam secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip yang berikut:
Al-Ubudiyyah
  1. Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri seorang insan. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.
  2. Pandangan Islam tentang ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Konsep ini membawa maksud seseorang Muslim hendaklah patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan pengabdian seseorang islam terhadap tuhannya,
  3. Antara konsep Ubudiyyah ialah:
  • Allah tidak meredai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan  dunia dengan mengurung diri di dalam  rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau semata-mata untuk tujuan beribadat sedangkan manusia boleh beribadat  di mana-mana sahaja.
  • Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali, Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan  untuk mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya.
Al-Syura
  1. Al-Syura merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua, Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam al-Quran. Kemudian dikukuhkan lagi oleh sunnah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat. Al-Syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah  juga merupakan unsur yang dianggap  penting dalam kehidupan seharian.
  2. Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
  • Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan  ramai lebih baik daripada pandangan seseorang.
  • Syura dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti.
  • Syura merupakan wadah untuk memanfaatkan  mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran.
Al-Huriyyah
  1. Al-huriyyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam. Prinsip ini bertitik tolak  daripada  hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa sebarang alasan kecuali penghambaan terhadap Allah SWT.
  2. Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:
  • Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
  • Kebebasan berfikir
  • Kebebasan bersuara
  • Kebebasan memiliki dan mencari harta
  • Kebebasan untuk menuntut ilmu
  • Kebebasan bergerak
Al-Musawah 
  1. Al-Musawahatau persamaan adalah antara  prinsip-prinsip  pengurusan dalam islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa  manusia berasal daripada kuturunan yang satu, iaitu berasal daripada nabu Adam a.s.. Perkara yang membezakan setiap seorang manusia ialah amalan, tanggungjawab dan ketakwaan.
  2. Al-Musawah merupan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya.
Al-Adalah
  1. Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekalipun dan menjaga maruah.
  2. Keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara seperti:
  • Keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja agar pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan.
  • Keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas supaya tugas tersebut diserahkan kepada yang layak mengambil kira bakat, potensi dan kekuatan.
  • Keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih,
PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI
Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi, prinsip dan perancangan operasi perlu dibuat dan menyediakan butiran tertentu. Prinsip dan perancangan terbahagi kepada dua iaitu:
  • Rancangan untuk tujuan tertentu.
  • Rancangan kekal yang bertujuan untuk menyelaraskan dan memberikan panduan tentang tugas dan membuat keputusan.
RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU
Rancangan ini mengandungi program, projek dan belanjawan untuk aktiviti tertentu. Selepas tamat program, rancangan ini dibubarkan dan akan diwujudkan semula apabila terdapat program baharu.

  • Program-Mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh aktiviti yang akan dijalankan .
  • Projek-Tugas-tugas kecil di dalam program yang menunjukkan kakitangan tertentu yang telah dipertanggungjawab.
  • Belanjawan-Disifatkan sebagai satu alat untuk mengawal perjalanan aktiviti agar mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan.


KETAATAN KEPADA ORGANISASI

  • Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Isalam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.                                                                                              
  • Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian.Elemen ini amat penting untuk melicinkan perjalanan organisasi.Dengan itu, matlamat yang henadak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan.Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak.                                


Maksudnya :                                                                                                                
" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulili-Amri" (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab)Allah (Al-Quran) dan (Sunah) Rasulnya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian adalah lebih baik(bagi kamu),dan lebih elok pulak kesudahannya."

  • Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat.Sementara ketaatan kepada yang lain mempunyai syarat tersendiri selagi tidak bercanggah dengan arahan Allah dan Rasulnya. Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang atau susah.                                                        
Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk,kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.    

1.Kesetiaan kepada organisasi

  • Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
  •  Membuat keputusan yang mungkin membawakepada kerugian syarikatnya.

2. Kepatuhan kepada disiplin

  •  Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar.
  • Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.  

DEFINISI ORGANISASI
Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat individu,kumpulan dan organisasi. Perkataan organisasi didefinisikan sebagai struktur perhubungan dan menyelesaikan pekerjaan yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.

CIRI-CIRI ORGANISASI
  Sesebuah organisasi yang telah di beentuk perlu melambangkan identitinya yang tersendiri. Contohnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk Politeknik perlu melambangkan tempat untuk menimba ilmu sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah pusat institusi yang mampu memberi perkhidmatan dan sumbangan  kepada masyarakat samaada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, pengajaran atau pembelajaran. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, Universiti hendaklah memainkan peranan yang di harapkan oleh masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu di dapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

    Di dalam sebuah organisasi,sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika di bandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi tingkat bilangan hierarki aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya,organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

    Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang di wujudkan. Pada umumnya,organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi dalam pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.


PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS

  • Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk di serahkan kepada pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.Kuasa yang di berikan perlulah wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samaada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.



  • Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk di selesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya, amalan penyerahan kuasa ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yangmendapati tangungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah,dedikasi dan tekun.

PENURUNAN KUASA PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
  • Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah diwarisi oleh para sahabat. Menyatakan bahawa cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang di lakukan oleh sahabatnya iaitu Abu Bakar dengan memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan,pemasalahan awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutup atau dalam keadaan terbuka.
  • Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut(undang-undang bertulis) yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan mengikut masa, keadaan dan tempat.
PEMBERIAN GANJARAN
Dalam sesebuah organisasi islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku antara majikan dengan orang bawahan. Allah menjanjikan balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmannya:

Maksudnya:
"Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."
(surah al-Nahl 16:97)

PEMBAHAGIAN GANJARAN
  1. Ektrinsik-Ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus.
  2. Instrinsik-Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang.
Menurut Muhammad abdul Rauf(1994)
Pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak, Pembayaran perlu dilakukan secara tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja. Ganjarab sewajarnya patut diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi contoh kepada kakitangan yang lain.

KESIMPULAN

Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras denganperkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusandikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasihinggalah kepada pengurusan sebuah negara.

RUJUKAN

Abdullah Basmeih(2001),Tafsir Pimpinan Al-Rahman(Rumi), Kuala Lumpur:Darul Fikir
Ahmad Ibrahim Abu Sin(2001),Pengurusan Dalam Islam,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka
Ab.Mumin Ab.Ghani(2006),Dimensi Pengurusan Islam,Kuala Lumpur:University Malaya
Aizzat Mohd.Nasurdin(2006),Pengantar Pengurusan,Kuala Lumpur:Utusan dan Publication Sdn.Bhd
Asmadi Mohamed Naim(2008),Maqasid Syariah Dan Pemikiran Pengurusan Islam,Kedah:Universiti Utara Malaysia
Auni Hj Abdullah(2010),Teras Utama Sistem Pengurusan Islam,Kuala Lumpur:Alam Raya Enterprise